Budaya cintakan kebersihan perlu dipukuk sejak dari kecil. Itulah yang berlaku kepada murid-murid di SK Penampang. Pada hari Jumaat (12 Mac 2010) yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih bilik Pendidikan Islam. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut hari cuti pertengahan semester pertama yang bermula 13 Mac hingga 21 Mac 2010. Diharapkan aktiviti ini akan menyemai rasa tanggungjawab murid terhadap kebersihan. "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman". ....SELAMAT BERCUTI....
Friday, March 12, 2010
PERASMIAN BLOG PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
Tuesday, December 1, 2009
PEMBUKA BICARA
Pada hari ini, Rabu 2/12/2009 bersamaan 15 Zulhijjah 1430H bermulalah pembinaan blog Panitia Pendidikan Islam SK Penampang, Sabah. Tujuan ia dibina adalah untuk menggalakkan perkongsian informasi di kalangan para pendidik khususnya yang terlibat secara langsung dengan Pendidikan Islam samada di peringkat rendah atau menengah di seluruh Malaysia khasnya dan di seantero dunia amnya. Dengan perkongsian ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu persembahan pendidikan Islam di sekolah secara holistik dan terurus.
Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog di atas kesudian anda menjenguk kami di sini serta berkongsi rasa dan minda.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Peranan Panitia
1. Menyusun, merancang dan menyelaraskan pengurusan skema dan bahan-bahan mata pelajaran.
2. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3. Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani pelajar.
4. Memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan berpandu dan berasaskan prestasi dan sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
5. Mewujudkan semangat berkerjasama antara panitia dengan persatuan akademik.