Tuesday, December 1, 2009

PEMBUKA BICARA

Pada hari ini, Rabu 2/12/2009 bersamaan 15 Zulhijjah 1430H bermulalah pembinaan blog Panitia Pendidikan Islam SK Penampang, Sabah. Tujuan ia dibina adalah untuk menggalakkan perkongsian informasi di kalangan para pendidik khususnya yang terlibat secara langsung dengan Pendidikan Islam samada di peringkat rendah atau menengah di seluruh Malaysia khasnya dan di seantero dunia amnya. Dengan perkongsian ini diharap dapat meningkatkan lagi mutu persembahan pendidikan Islam di sekolah secara holistik dan terurus.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pengunjung blog di atas kesudian anda menjenguk kami di sini serta berkongsi rasa dan minda.

Peranan Panitia

1. Menyusun, merancang dan menyelaraskan pengurusan skema dan bahan-bahan mata pelajaran.

2. Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

3. Berusaha memperbaiki dan mendapatkan strategi mengajar yang inovatif mengikut perkembangan pendidikan semasa yang boleh mendorong mewujudkan perkembangan intelek dan rohani pelajar.

4. Memperbaiki prestasi pelajar dalam peperiksaan berpandu dan berasaskan prestasi dan sasaran yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

5. Mewujudkan semangat berkerjasama antara panitia dengan persatuan akademik.