
Budaya cintakan kebersihan perlu dipukuk sejak dari kecil. Itulah yang berlaku kepada murid-murid di SK Penampang. Pada hari Jumaat (12 Mac 2010) yang lalu, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersih bilik Pendidikan Islam. Aktiviti ini diadakan sempena menyambut hari cuti pertenga
han semester pertama yang bermula 13 Mac hingga 21 Mac 2010. Diharapkan aktiviti ini akan menyemai rasa tanggungjawab murid terhadap kebersihan. "Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman". ....SELAMAT BERCUTI....
